Thursday, October 7, 2010

sweet saturated caramel



Bahan-bahan

  • 9 biji telur gred D

  • 1 tin susu pekat

  • 2 sudu teh esen vanilla

  • 2 sudu teh tepung jagung

  • 6 - 8 sudu besar gula pasir

Cara-cara

  1. Cairkan gula di dalam tin pembakar kek. Tambahkan 2 atau 3 sudu air jika mahu kurangkan manis. Sebaik sahaja gula telah cair dan berwarna keperangan, jauhkan tin pembakar dari dapur gas. Biarkan gula tersebut mengeras.





  2. Di dalam bekas yang lain, telur dipukul sehingga kembang.

  3. Setelah itu, masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.

  4. Di dalam tin yang sama, masukkan air sehingga penuh. Letakkan 2 sudu teh tepung jagung, dan gaul sehingga sebati.

  5. Tuangkan air yang dicampur tepung jagung tadi ke dalam adunan telur dan susu pekat tadi.

  6. Kacau sehingga sebati sebelum masukkan esen vanilla

  7. Masukkan adunan telur tadi ke dalam tin pembakar kek apabila gula yang dihanguskan tadi telah keras sepenuhnya

  8. Kukus sehingga masak


No comments:

Post a Comment